Persatuan Rungus Bersatu Sabah Anjur Hari Keluarga

Persatuan Rungus Bersatu Sabah Anjur Hari Keluarga

0
SHARE
Joachim
Joachim (tiga dari kiri) merakamkan gambar kenangan selepas memalu gong perasmian Hari Keluarga PRBS, sambil disaksikan oleh Makinsos (dua dari kiri) - ( Sumber Foto: Ihsan KKTP )

KUDAT, SABAH – Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam telah merasmikan Majlis Hari Keluarga Persatuan Rungus Bersatu Sabah (PRBS), semalam.

Dalam ucapannya, Joachim memuji usaha yang telah dilaksanakan oleh Presiden PRBS iaitu, OKK Makinsos Nawai dalam menganjurkan program ini.

Beliau turut menyeru agar ahli persatuan itu terus bersatu demi kelangsungan identiti kebudayaan yang diwarisi mereka.

“Sekiranya tidak bersatu dan tiada usaha untuk menyatu-padukan etnik di Sabah maka kita akan kehilangan identiti atau kebudayaan di Sabah ini,” katanya.

Suku Rungus merupakan salah satu rumpun Dusun di Sabah. Semua suku yang ada dalam negeri ini termasuk Rungus adalah dikawal selia oleh Persatuan Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA).

Joachim yang juga Timbalan Presiden KDCA, menggalakkan orang-orang Rungus untuk terus melibatkan diri dengan aktiviti seperti menyulam manik-manik kerana suku ini sudah sinonim dengan perniagaan manik-manik di negeri ini.

Sementara itu, Makinsos berkata, penubuhan PRBS ini ialah bertujuan memartabatkan lagi adat istiadat Rungus di daerah ini.

Katanya, program ini merupakan acara tahunan yang julung kali diadakan selepas pandemik COVID-19, sambil menambah, sebagai pengisian program, beberapa aktiviti diadakan antaranya sukaneka dan majlis makan malam.