Joachim Lawat Tapak Projek Patung Mazu

Joachim Lawat Tapak Projek Patung Mazu

0
SHARE
Joachim
Joachim (enam dari kanan), Chong (tujuh dari kanan) dan Dexter (kiri) bersama dengan semua yang hadir dalam lawatan ( Sumber Foto: Ihsan KKTP )

KOTA KINABALU, SABAH – Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP), Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam telah mengadakan lawatan ke tapak projek Patung Mazu dan secara peribadi, beliau menyokong usaha untuk meneruskan pembinaan Patung Mazu di Kudat.

“Secara peribadi, saya menyokong usaha ini kerana saya yakin ia memberikan manfaat yang begitu baik sekali kepada rakyat di Kudat  dan seterusnya memberi nilai tambah kepada industri pelancongan negeri ini.

“Patung ini bakal menjadi satu lagi tanda mercu sekaligus menjadi daya tarikan pelancongan di daerah tersebut,” katanya.

Turut bersama beliau semasa lawatan itu ialah bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Chong Kah Kiat.

Dalam perkembangan lain, pada tahun lalu Pengarah Eksekutif Kim Teck Cheong Consolidated (KTC) Berhad, Datuk Dexter Lau pernah berbincang dan memohon agar kerajaan dapat meneruskan pembinaan Patung Mazu itu.

Sementara itu, Dexter berkata, pihaknya memberikan sokongan padu kepada semua pihak yang terlibat sama dalam membina Patung Mazu.