KOTA KINABALU, SABAH – Majlis Tertinggi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) secara sebulat suara meluluskan permohonan Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) sebagai parti komponen gabungan berkenaan.
Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun, dalam satu kenyataan ringkas semalam berkata perkara tersebut ditentukan setelah bersidang sebelah petang hari.
GRS yang diketuai Gagasan Rakyat (PGRS) kini mempunyai tujuh ahli termasuk Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Maju Sabah (SAPP), LDP dan PHRS.





