KOTA KINABALU: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, menjanjikan untuk membangunkan pelabuhan bertaraf antarabangsa serta menaik taraf lapangan terbang di Kudat sekiranya diberikan mandat untuk mentadbir Sabah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Beliau berkata Barisan Nasional (BN) berikrar akan mempertingkatkan daya saing hidup rakyat melalui tawaran-tawaran baru.
“BN juga akan mengeluarkan 8 dearah termiskin di sabah dan BN akan menyediakan ruang pinjaman perniagaan kepada anak-anak muda kelak,” ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Gerak-17 UMNO Sabah DUN Bengkoka pada Sabtu.
Lapan daerah termiskin itu direkodkan di Tongod, Beluran, Pitas, Kinabatangan, Kota Marudu, Tuaran, Ranau, dan Lahad Datu.
Kerajaan Sabah ketika ini diketuai Ketua Menteri Hajiji Noor terdiri daripada GRS, Pakatan Harapan (PH), dan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri Umno yang enggan mengikuti penarikan sokongan parti itu terhadap Hajiji.
UMNO Sabah dan Parti Warisan kini duduk sebagai pembangkang di Dewan Undangan Negeri.