Lelaki Maut Jatuh Dari Tingkat Lima KK Plaza

Lelaki Maut Jatuh Dari Tingkat Lima KK Plaza

0
SHARE
Jatuh
Keadaan mayat mangsa yang jatuh dari tingkat lima KK Plaza ( Sumber Foto: Laman media sosial )

KOTA KINABALU, SABAH – Seorang lelaki maut setelah terjatuh dari tingkat lima sebuah pusat membeli belah di sini pada kira-kira 3.24 petang tadi.

Pihak polis mendedahkan mangsa berbangsa Melayu yang ditemui di Lorong 18, KK Plaza, berusia 37 tahun.

Difahamkan ahli keluarga mangsa turut berada di lokasi kejadian dalam keadaan menangis teresak-esak sebelum kehadiran pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata pihaknya menerima maklumat kejarian diterima pada jam lebih kurang 4.07 petang.

“Mangsa ditemui berada dalam keadaan meniarap di atas lantai.

“Pemeriksaan di tingkat lima mendapati sepasang selipar dipercayai milik mangsa masih berada di tingkat berkenaan,” katanya.

Mohd Zaidi berkata mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan di bawa ke Hospital Queen Elizabeth bagi tujuan bedah siasat.