Kes COVID-19 Sabah Hari Ini Tertinggi Dicatat Setakat Ini Sebanyak 1,291 Kes

Kes COVID-19 Sabah Hari Ini Tertinggi Dicatat Setakat Ini Sebanyak 1,291 Kes

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah hari ini sekali lagi mencatatkan kes harian baharu positif COVID-19 yang tertinggi setakat ini dengan 1,291 KES.

EMPAT (4) daerah di Sabah mencatatkan kes tiga digit, iaitu Kota Kinabalu 282 kes, Tawau 177 kes, Penampang 131 kes diikuti Papar dengan sejumlah 112 kes.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun mengulangi bahawa tidak ada daerah yang tertinggal dari menyumbang kepada kes baharu.

“Kontak rapat kekal sebagai penyumbang utama kepada kes harian di negeri Sabah iaitu 772 kes atau hampir 60 peratus (60%)…

“Tetapi kes bergejala (sporadik) juga kekal tinggi, yakni 299 atau 23.2 peratus.

“Kluster sedia ada menyumbang 70 kes (5.4 peratus) daripada jumlah kes keseluruhan dan 73 kes (5.6 peratus) datang daripada saringan bersasar di lokaliti yang diperkenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),” katanya.

Menurut beliau, dua (2) dari pesakit adalah yang sah penghidap COVID-19 hari ini berada dalam kategori 4 dan seorang lagi dalam kategori 5 yg memerlukan rawatan rapi (ICU).

Buat masa ini, keutamaan kerajaan Sabah adalah untuk mempertingkatkan pemberian vaksin dikalangan penduduk.

“Ini bermakna kita memerlukan bekalan vaksin yang cukup sepanjang masa.

“Beberapa langkah dan inisiatif baharu bagi memastikan kelancaran program vaksinasi di Sabah akan diumumkan dalam masa terdekat,” jelasnya.

Rumusan pecahan kes bagi hari ini, Jumaat (6 Ogos) mengikut daerah adalah seperti yang berikut:

Kota Kinabalu – 282
Tawau – 177
Penampang – 131
Papar – 112
Tuaran – 96
Sandakan – 72
Sipitang – 54
Beaufort – 54
Keningau – 52
Ranau – 40
Putatan – 31
Kota Belud – 28
Kinabatangan – 21
Kota Marudu – 18
Tenom – 17
Kunak – 16
Kalabakan – 16
Tongod – 13
Lahad Datu – 10
Semporna – 10
Kuala Penyu – 9
Kudat – 7
Telupid – 6
Beluran – 6
Pitas – 6
Tambunan – 5
Nabawan – 2