Manusia Boleh Tinggal Di Bulan Mimas, Dakwa Saintis

Manusia Boleh Tinggal Di Bulan Mimas, Dakwa Saintis

0
SHARE
Bulan Mimas atau bulan ais yang mengorbit planet Zuhal...

COLORADO, AS – Satu penyelidikan baharu mendedahkan bahawa bulan Mimas atau bulan ais yang mengelilingi Zuhal berpotensi mempunyai lautan dan boleh dihuni oleh manusia dan mahkluk hidup yang lain.

Memetik laporan Wion News, kajian yang diterbitkan menerusi jurnal Icarus mendedahkan bahawa bulan yang paling dekat dengan planet Zuhal itu didakwa mengandungi air laut.

Penemuan tersebut menjadikan jumlah keseluruhan bulan yang mengelilingi planet dengan cincin gergasi itu kepada 83 biji, lebih banyak daripada Musytari. 

“Jika Mimas mempunyai lautan, ia mewakili kelas jelmaan planet lautan baharu dengan permukaan yang tidak mengatasi kewujudan laut,’’ kata pengarang utama kajian, Alyssa Rhoden yang merupakan seorang saintis di Institut Penyelidikan Southwest di bandar Boulder, Colorado.

Ahli Astronomi Inggeris, William Herschel menemukan bulan yang paling kecil dan hampir dengan planet Zuhal itu pada 1789. Ia dikatakan menyerupai bintang mati daripada filem Star Wars.

“Oleh kerana permukaan Mimas kebanyakannya berkawah, kami menjangka ia hanyalah bongkah ais beku,’’ kata Rhoden yang juga merupakan ketua bersama Network for Ocean Worlds dari Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).