TAWAU, SABAH – Anggota bomba daerah ini menyerahkan mayat seorang warga emas wanita kepada pihak polis setelah mendapat panggilan kecemesan rumah terkunci hari ini.
Insiden 8.53 pagi tadi di Kampung Tanjung Batu Tengah melibatkan lapan anggota dan pegawai dari balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, mangsa yang dikenal pasti sebagai Indoktang, berusia 70an, disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia di lokasi.
“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Setelah memastikan tiada keberbahayaan lain operasi ditamatkan pada jam 10 pagi,” katanya.





