
KUALA LUMPUR – Satu gempa bumi kuat berukuran 7.0 pada skala Richter melanda Selatan Sumatera, Indonesia pada 4 pagi tadi.
Memetik sumber Bernama, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa berlaku pada kedudukan 85 kilometer (km) Barat Laut dari Siberut, Indonesia dengan kedalaman 48 km.
“Gegaran dirasai di bahagian Pantai Barat Semenanjung Malaysia,” menurut kenyataan MetMalaysia menerusi laman Facebook.
Bagaimanapun, gempa itu tidak mencetuskan ancaman tsunami kepada Malaysia.





