KENINGAU, SABAH – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun maut selepas tertembak kepalanya sendiri dengan selaras senapang buatan sendiri ketika bermain bersama rakan di Kampung Sosogoh Salong Pagalungan, Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Keningau DSP Nor Rafidah Kasim berkata disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Nabawan akibat kecederaan dari senapang jenis “pump gun”.
Menurutnya, kes dikesan ketika pihak polis menerima maklumat daripada klinik terbabit yang memaklumkan terdapat seorang kanak-kanak meninggal dunia ketika menerima rawatan.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk dibedah siasat.
”Susulan kejadian, tujuh individu ditahan serta senjata api buatan sendiri itu turut dirampas.
“Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.





