Bunyi Siren Selamatkan Mangsa Sesat

Bunyi Siren Selamatkan Mangsa Sesat

0
SHARE

KUALA PENYU, SABAH – Sekumpulan empat yang sesat di hutam berhampiran Kampung Berangkok berjaya diselematkan dengan bunyi siren pasukan bomba.

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi kelmarin itu, mangsa-mangsa lelaki berusia 26 hingga 66 tahun dan seorang lagi kanak-kanak itu difahamkan hilang jalan ketika mencari lokasi tanah untuk dijual.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, panggilan kecemasan diterima pada 3.48 petang.

“Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Penyu menggunakan bunyi siren untuk memanggil mangsa.

“Mereka seterusnya dijumpai selamat tiga kilometer (KM) daripada lokasi dilaporkan hilang.

“Setelah memastikan tiada bahaya lain,operasi ditamatkan pada jam 5.37 petang,” kata seorang jurucakap bagi agensi.