TAMPARULI, SABAH – Seorang lelaki berusia 44 tahun maut dipercayai selepas termakan racun herba di Kampung Bantayan, di sini, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah DSP Noraidin Ag Maidin berkata, polis menerima panggilan daripada abang mangsa berhubung kejadian itu kira-kira jam 10.30 pagi, 24 April lalu.
“Bertindak atas laporan itu, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian dan menemui sebotol racun rumpai di tepi pintu bilik mangsa di rumah sewa berkenaan,” katanya.
Walau bagaimanapun, siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti punca kejadian.





