Siapa Yang Ada Hutang Dengan Arwah Boleh Hubungi Saya – Didie Alias

Siapa Yang Ada Hutang Dengan Arwah Boleh Hubungi Saya – Didie Alias

0
SHARE
King
Pelakon Allahyarham Ridzuan Hashim ( Sumber Foto: Gambar tular di Facebook )

PETALING JAYA – Bekas isteri kepada pelakon Allahyarham Ridzuan Hashim, Fadzilah Mohd @ Ali atau lebih dikenali sebagai Didie Alias memohon mana-mana individu yang untuk menghubunginya sekiranya mempunyai hutang dengan bekas suaminya itu

“Siapa yang ada (urusan) hutang dengan arwah boleh hubungi saya.”

Demikian luahan sayu Didie memberi perkhabaran duka tentang kematian bekas suaminya itu tengah hari tadi memetik sumber Kosmo Online.

Didie berkongsi muat naik sebuah video Ridzuan yang terkenal dengan gelaran ‘King’ itu, sebentar tadi.

“Nak bagi tahu kepada semua sahabat-sahabat, saudara-mara dan sahabat-handai yang mengenali bekas suami saya, Mohd. Ridzuan bin Hashim, beliau sudah kembali ke rahmatullah tadi.

“Kepada siapa yang ingin melawat jenazah, beliau masih ada di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Saya akan ‘update’ di mana beliau akan dikembumikan. Ampunkan dan maafkan beliau,” katanya.

Terdahulu, dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan pemergiaan mengejut Allahyarham Ridzuan Hashim yang menghembuskan nafas terakhir di HKL pada pukul 1.57 tengah hari tadi.

Berita pemergian pelakon yang berusia 62 tahun itu disahkan oleh anak saudara Allahyarham, Kamarul Izham Ahmad Badri kepada media sebentar tadi.

“Bapa saudara saya meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur sekitar sejam lalu. Buat masa ini jenazah masih berada di hospital dan keluarga sedang menguruskan hal pengebumian,” kata Kamarul Izham.

Allahyarham berkahwin dengan Didie pada 1991 dan bercerai pada 2002 dan mempunyai lima orang anak hasil perkongsian hidupnya dengan Didie.