PKR Sabah Mahu Tanding Semua Kerusi

PKR Sabah Mahu Tanding Semua Kerusi

0
SHARE
Sangkar
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah Datuk Dr Sangkar Rasam ( Sumber Foto: Gambar Google )

SANDAKAN, SABAH – PKR Sabah mahu bertanding sekurang-kurangnya satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam setiap kawasan Parlimen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Memetik sumber Bernama, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah Datuk Dr Sangkar Rasam berkata harapan itu disuarakan agar parti itu tidak dilihat disisihkan di Sabah.

“Kuota untuk bertanding ini sebenarnya akan dibincangkan di peringkat Pakatan Harapan (PH).

“Kami mengharapkan rakan komponen lain juga bersetuju supaya kami (PKR) turut diagihkan kerusi berdasarkan keperluan.

“Contohnya di zon Sandakan ini, kita lihat tiada satu pun YB (wakil rakyat) daripada PKR.

“Kebanyakan adalah rakan (dari parti komponen) lain,“ katanya pada majlis makan malam bersama Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah di sini malam tadi.

Di Sabah, PKR menyandang dua kerusi DUN iaitu Pengerusi PH Sabah Datuk Christina Liew yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri di Api-Api, dan Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan negeri Peto Galim di Inanam; serta satu kerusi Parlimen disandang Timbalan Menteri Sumber Manusia Mustapha Sakmud di Sepanggar.