SANDAKAN, SABAH – Seorang warga emas berusia 63 tahun maut apabila van jenis KIA yang dipandunya bertembung dengan sebuah Toyota Hilux di Jalan Sibuga Batu 8 sini kira-kira 8.20 pagi tadi.
Dua lagi mangsa dalam kenderaan ‘single cab’, Noraini, 20 dan Mohammad Nuraliffamin
Delson Abdullah, 22, hanya mengalami cederaan ringan.
“Mangsa tersepit berjaya dikeluarkan dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.
“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Manakala dua orang mangsa dihantar ke hospital menggunakan ambulan untuk mendapatkan rawatan lanjut,” kata jurucakap agensi.






