Hilux ‘Makan Jalan’ Bayi Tiga Bulan, Kanak-Kanak Tiga Tahun Maut

Hilux ‘Makan Jalan’ Bayi Tiga Bulan, Kanak-Kanak Tiga Tahun Maut

0
SHARE
Kemalangan
Keadaan Proton Saga yang terlibat ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

SEMPORNA, SABAH – Seorang bayi berusia tiga bulan dan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun maut ekoran pertembungan kenderaan Proton Saga dan Toyota Hilix di Kilometer 24 Jalan Semporna – Tawau pada Isnin.

Kedua-dua mangsa merupakan penumpang Proton Saga dalam kejadian 1.50 petang itu. Difahamkan pemandu dan penumpang dewasa kenderaan terbabit mengalami cedera parah.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, pelanggaran berlaku angkara Toyota Hilux yang masuk ke lorong jalan Proton Saga dari arah bertentangan.

“Pemandu Toyota Hilux parah manakala penumpang perempuan dewasa dan empat kanak-kanak tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya dalam satu kenyataan media.