Konsert ‘Noah Menemaniku Kuala Lumpur’ Bakal Berlangsung Di Kuala Lumpur 11 November...

Konsert ‘Noah Menemaniku Kuala Lumpur’ Bakal Berlangsung Di Kuala Lumpur 11 November Ini

0
SHARE
Noah
Kumpulan rock terkenal Indonesia, Noah ( Sumber Foto: Ihsan YOLO Malaysia )

KUALA LUMPUR – Kumpulan rock terkenal Indonesia, Noah bakal tampil semula dalam konsert ‘Noah Menemaniku Kuala Lumpur’ pada 11 November ini bertempat Mega Star Arena bermula jam 8 malam.

Penerbit Eksekutif YOLO Malaysia selaku penganjur konsert, Haniff Hamzah berkata selain Malaysia, konsert yang sama juga alam dilaksanakan di Singapura sebelum penghujung tahun ini.

“Oleh kerana kejayaan konsert ‘NOAH Live In KL’ pada tahun lalu dengan kehadiran lebih 2,500 penonton bukan sahaja dari Malaysia, bahkan Singapura, Brunei dan juga Indonesia, serta jualan tiket yang ‘sold-out’ dalam masa kurang dua jam, kami bawakan Noah sekali lagi pada tahun ini seperti yang dijanjikan.

“Kerjasama yang terjalin di antara YOLO Malaysia dan Noah ternyata ‘menjadi’ dan demi memenuhi kehendak peminat yang tidak berpeluang hadir ke konsert lalu, konsert kali ini menyediakan lokasi yang lebih luas bagi menampung lebih ramai penonton dengan pengalaman yang lebih hebat.

“Noah menjanjikan persembahan yang berbeza dengan tema yang berbeza setiap kali membuat persembahan, tambahan pula konsert Noah Menemaniku Kuala Lumpur adalah konsert terakhir mereka di Malaysia sebelum berehat dalam jangka masa yang panjang,” katanya dalam satu kenyataan media.

Sementara itu, Penerbit Kreatif YOLO Malaysia, Hamka Mohd Taufik berkarta kumpulan terbabit bakal mempersembahkan lebih dari 20 buah lagu.

“Ini termasuk lagu-lagu baharu ciptaan mereka dengan diiringi beberapa pemain muzik profesional yang diterbangkan khas dari Indonesia.

“Selain itu, susunan muziknya juga turut diperbaharui yang menjanjikan kelainan dan tidak pernah didengari sebelum ini, dan ditambah pula dengan kandungan visual yang istimewa demi kepuasan pengalaman muzik yang sebenar,” katanya.