Pemandu Pelancong Semporna Tanpa Dokumen, Pengurus Ditahan Atas Dakwaan Cabul Pelancong China

Pemandu Pelancong Semporna Tanpa Dokumen, Pengurus Ditahan Atas Dakwaan Cabul Pelancong China

0
SHARE

SEMPORNA, SABAH – Polis telah menahan seorang pemandu pelancong kerana didakwa melakukan gangguan seksual terhadap dua pelancong wanita China berusia 18 dan 22 tahun pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Semporna Supt Mohd Farhan Lee berkata kedua-dua mangsa tampil membuat laporan polis berhubung kejadian ketika memancing dan bersnorkel di perairan salah sebuah pulau di sini.

Farhan berkata suspek lelaki berusia 20 tahun itu yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri atau permit kerja.

“Pengurus syarikat pelancongan, seorang lelaki berusia 37 tahun turut ditahan kerana menggaji pemandu pelancong tanpa sebarang pengenalan diri atau dokumen perjalanan.

“Polis sedang menyiasat kes di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan dan juga di bawah Akta Imigresen kerana masuk dan tinggal di Malaysia tanpa dokumen yang sah,” katanya.

Beliau berkata pengurus itu manakala akan disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen, yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM10,000, penjara sehingga 12 bulan, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua suspek dan pengurus terbabit direman selama empat hari.