BEAUFORT, SABAH – Usaha mencari seorang wanita kurang upaya berusia 88 tahun diteruskan dengan gabungan pasukan keselamatan dan penduduk setempat di Kampung Luagan Sanginan sini.
Komoi Awang yang difahamkan mengalami kecacatan mental dilaporan hilang dari biliknya pada jam sembilan pagi Ahad lepas.
Ahli keluarganya membuat laporan polis sebelum operasi mencari dan menyelamat diketuai pasukan Bomba diaktifkan keesokan hari.
Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba, ahli keluarga telah berusaha mencari di sekitar rumah termasuk kawasan kebun belakang rumah telah namun gagal.
Katanya, sepasukan tiga anggota bomba bersama tiga polis dan lima Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta beberapa orang awam sedang menelusuri kawasan hutan berdekatan rumah mangsa.
Operasi disambung hari ini (Selasa) pada pukul 8.30 pagi yang mula memasuki kawasan ladang sawit.