13 Cedera Gas Ammonia Bocor Di Kilang Ais Sinaran Batu 3 Sandakan

13 Cedera Gas Ammonia Bocor Di Kilang Ais Sinaran Batu 3 Sandakan

0
SHARE
Anggota Bomba mengangkat seorang mangsa keluar dari kilang ais terbabit...(Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah)

SANDAKAN, SABAH – Tiga belas mangsa cedera termasuk seorang yang cedera parah apabila sebuah mesin membuat ais di Kilang Ais Sinaran Batu 3 sini pecah dan menyebabkan kebocoran gas ammonia pukul 10 pagi tadi.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, seramai 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan bergegas ke lokasi dengan berpakaian perlindungan lengkap (PPE CPS).

Katanya, dua perempuan dan seorang lelaki mengalami seesak nafas dan sakit mata mankaala enam lelaki dan seorang perempuan mengalami sakit mata dan kulit.

“Seorang lelaki dan perempuan cedera ringan manakala seorang lagi lelaki cedera parah,” kata seorang jurucakap agensi.

Pasukan Bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalam bangunan seterusnya ,angsa kemudian diberi rawatan awal di lokasi kejadian.

Mereka dihantar ke hospital menggunakan jentera Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dan Ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Pasukan Bomba membuat nyahcemar dan sanitasi di seluruh kawasan tersebut.

“Pemantauan turut dijalankan di kawasan bangunan berhampiran dan mengarahkan semua pekerja untuk segera keluar dari ke kawasan yang diisytiharkan selamat,” tambah sumber tersebut.

Menurutnya, pihak Polis telah mengarahkan kawasan kejadian dan kawasan berhampiran ditutup dengan radius 100 meter sehingga keadaan selamat.

“Setelah memastikan tiada lagi bahaya wujud, operasi ditamatkan pada jam 12.06 tengah hari,” katanya.