Kanak-Kanak Enam Tahun Kekurangan Zat Besi Maut Terabai

Kanak-Kanak Enam Tahun Kekurangan Zat Besi Maut Terabai

0
SHARE

PETALING JAYA, SELANGOR – Seorang kanak-kanak perempuan enam tahun yang mati di sebuah flat di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, Sabtu lalu didapati akibat kekurangan zat besi dan makanan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Allaudeen Abdul Majid, berkata setakat ini tiada tangkapan dibuat.

“Keputusan bedah siasat mangsa mendapati mangsa meninggal dunia disebabkan kekurangan zat besi dan makanan. Sekaligus kami dapati ada unsur pengabaian,” katanya memetik Harian Metro.

Dalam pada itu, Ketua Polis Cheras, Zam Halim Jamaluddin, berkata kejadian berlaku ketika bapanya meninggalkan kanak-kanak itu dalam bilik untuk membeli makanan pada 11.30 pagi.

“Mangsa dibawa ke Hospital Tunku Azizah untuk dirawat selepas ditemui tidak bermaya selepas bapanya pulang pada 2.30 petang,” katanya.

Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia pada hari sama dan disyaki terdapat unsur penderaan dan pengabaian oleh penjaganya.