SAGA X Pertaruhkan 182 Pingat Emas, 103 Acara

SAGA X Pertaruhkan 182 Pingat Emas, 103 Acara

0
SHARE
Fairuz
Fairuz menjadi tetamu di Sabah FM ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Sukan Sabah (SAGA) Edisi Ke-10 mempertaruhkan 182 pingat emas yang melibatkan 103 acara.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah, Fairuz Renddan berkata sukan dwitahunan itu dihoskan oleh Daerah Kota Kinabalu dan akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah di Stadium Universiti Malaysia Sabah, Sabtu ini.

“Sukan Sabah merupakan sukan yang berprestasi tinggi dan berprestij di peringkat Negeri Sabah yang diadakan secara dwitahunan setelah kali terakhir berlangsung pada tahun 2019 dan tertangguh akibat penularan COVID-19.

“Seramai 6,784 orang atlet dan pegawai terlibat pada Sukan Sabah kali ini yang mempertandingkan 22 jenis sukan antaranya olahraga, badminton, bola sepak, sepak takraw dan juga pertambahan acara e-sport selari dengan perkembangan sukan ini.

“Meskipun Kota Kinabalu merupakan tuan rumah Sukan Sabah, namun beberapa acara sukan akan berlangsung di lima daerah lain seperti Tuaran, Penampang, Putatan, Ranau dan Keningau mengikut kesesuaian acara sukan yang terbabit,” jelas beliau.

Sehubungan itu, Fairuz yang diiringi Setiausaha tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Datuk Mansur Asun ketika ditemui media selepas menjadi tetamu dalam rancangan Kita Cerita di Sabah FM, semalam turut menjemput orang ramai agar hadir menyaksikan bakat-bakat baharu sukan negeri ini. — JABATAN PENERANGAN SABAH