Wanita Maut Hilux Bertembung Lori Tangki Minyak

Wanita Maut Hilux Bertembung Lori Tangki Minyak

0
SHARE
Bomba
Toyota Hilux mangsa nahas di bahu jalan ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

SANDAKAN, SABAH – Seorang wanita maut selepas kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux dipandunya bertembung dengan sebuah lori tangki minyak Petronas di Jalan Batu 18, sini.

Mangsa kejadian 9.21 pagi tadi dikenal pasti sebagai Same Hebo berusia 50 tahun.

Pihak pasukan penyelamat bomba melaporkan mangsa tersepit di dalam kenderaan terbabit namun berjaya dikeluarkan.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Pemandu lori tanker, seorang lelaki berusia 40 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mangsa seterusnya mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” menurut seorang jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.

Operasi melibatkan sepasukan lapan anggota dan pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan ditamatkan pada jam 10.26 pagi.