KINABATANGAN, SABAH – Seorang lelaki berusia 42 tahun maut dibaham buaya ketika sedang mencuci kain di tebing sungai Ladang Maisang Sime Dardy di Sukau, sini, hari ini.
Mayat mangsa, Kamirun Malul, ditemui penduduk setempat pada jam tiga petang kira-kira 500 meter dari lokasi dilaporkan dibaham.
Pasukan bomba dipanggil ke lokasi melalui panggilan kecemasan yang dibuat 10 minit kemudian.
Sepasukan tiga Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan diketuai PBK II KUP Jerry John digerakkan.
“Mangsa telah dibawa ke rumah keluarga dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Operasi ditamatkan pada jam 4.38 petang,” kata seorang jurucakap bagi agensi penyelamat berkenaan.






