KOTA KINABALU, SABAH – Hasil yang dicapai kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) lebih bermakna dari slogan “Selamatkan Sabah, Sejahterakan Rakyat” kata Datuk Armizan Mohd Ali.
“Malah GRS lah yang menyelamatkan Sabah daripada peruntukan khas RM53 juta yang dipersetujui oleh WARISAN pada Oktober 2019 dengan merajaan Persekutuan ketika itu.
“Apabila GRS mengambil alih kuasa, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor terus menulis surat bagi membatalkannya untuk menuntut jumlah yang lebih besar.
“Hasilnya, kita mendapat RM125 juta pada tahun 2020 dan sekarang pada 2023 jumlahnya ialah RM300 juta. Jadi siapa sebenarnya penyelamat di sini?” katanya pada sidang media pada Ahad.
Ahli Parlimen Papar itu berkata, rakyat Sabah kini lebih matang dan ingin melihatkan hasil kerja sesebuah kerajaan berbanding cakap kosong.
Armizan turut mengritik seorang ahli parlimen WARISAN Kota Belud dengan menanya adakah RM53 juta tersebut jumlah 40 peratus (seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963).
“Tetapi sehingga kini YB itu tidak boleh memberi jawapan. Sila jawab saya sekarang kerana anda pada masa itu seorang Timbalan Menteri Persekutuan.
“Ahli Parlimen yang dimaksudkan ini memberikan ucapan dengan intonasi hebat mengenai perkara itu.
“Sila jawab jika apa yang anda maksudkan ialah 40 peratus dan adakah ia mampu ‘menyelamatkan’ rakyat,” cabarnya.
Mengulas lanjut, beliau berkata kesemua pemain politik di Sabah sekarang pernah berada dalam kerajaan negeri atau persekutuan.
Dengan itu, katanya, dan rekod prestasi mereka boleh diakses dan dinilai oleh orang ramai.
“Biar orang ramai melihat dan menilai sendiri apa yang mereka telah lakukan,” katanya.
Menjawab bahagian slogan “Sejahterakan Rakyat”, Armizan berkata tidak ada kerajaan Sabah dalam sejarah yang pernah memberikan rumah percuma kepada rakyatnya melainkan inisiatif Rumah Mesra SMJ GRS yang dilancarkan pada 2022.
“Dua puluh unit rumah bagi setiap DUN dan program itu akan diteruskan pada tahun hadapan. Tiada usaha sebegitu pada zaman WARISAN melainkan bergantung pada peruntukan Persekutuan. Jadi siapa sebenarnya yang mensejahterakan rakyat, WARISAN atau GRS?
“Terus-terang, GRS tidak mempedulikan apa sahaja jargon atau tema yang WARISAN mahu gunakan dalam perjuangan mereka kerana mencapai hasil adalah fokus bersama kerajaan negeri GRS-Pakatan Harapan.
“Kami hanya mahu membuktikan kepada rakyat bahawa kami boleh menyelesaikan isu rakyat di Sabah,” tegasnya.





