JAKARTA, INDONESIA – Seorang artis Indonesia, Pinkan Mambo mula berterus terang mengenai urusan katilnya bersama suami, Arya Khan, lapor Insertlive pada Selasa lalu.
Sebagai pasangan pengantin baru, keghairahan Pinkan Mambo dan Arya Khan masih membara.
Lapor Insertlive lagi, kedua-dua pasangan itu mengaku melakukan hubungan kelamin sehingga sepuluh kali dalam satu hari.
“Seperti contoh, kalau diservis pagi dan malam, kadang-kadang sepuluh kali,” kata Pinkan Mambo seperti yang dipetik melalui video di YouTube.
Bagaimanapun, ketika ini Pinkan Mambo berkata, suaminya tidak mampu menandinginya sehingga lebih mudah rasa letih.
“Cuma sekarang dia keliru apa yang ingin dilakukan pagi ini kerana badannya sudah tidak mampu lagi,” katanya.
“Tidak senang nanti kalau keluar pergi kerja tanpa ada servis, nanti penat,” tambah artis kekasih yang kurang diperhatikan itu.
Biarpun mempunyai keinginan yang membara, Pinkan Mambo turut mengakui beliau mula merasa bosan melihat wajah suaminya apabila setiap bangun dari tidur.
“Kadang-kadang saya bosan, contohnya seminggu, dua minggu, masih wow. Tapi minggu ketiga, balik-balik muka awak, balik-balik muka awak.
“Mula jadi macam, baik saya ‘kahwin lagi’, saya cepat bosan,” tambahnya lagi sambil keliru memilih perkataan sesuai untuk menggambarkan perasaannya.






