Jalan Magandai ‘Viral’ Dalam Fasa Pembinaan – Shahelmey

Jalan Magandai ‘Viral’ Dalam Fasa Pembinaan – Shahelmey

0
SHARE
Shahelmey
Ahli Parlimen Putatan, Datuk Shahelmey Yahya ( Sumber Foto: Gambar carian Google )

KOTA KINABALU, SABAH – Kisah Jalan Magandai di Kota Marudu yang hangat di media sosial baru-baru ini dalam fasa pembinaan jelas Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Shahelmey Yahya.

Pada Jumaat, media melaporkan penderitaan penduduk setempat, terutamanya pelajar sekolah dari Kampung Tondig yang terpaksa mengharungi lumpur sedalam lutut untuk ke SK Magandai kira-kira 40 kilometer jauhnya, malah terpaksa bermalam di pondok ladang buah-buahan.

“Kontraktor telah memaklumkan jentera mereka berada di tapak pembinaan meliputi kawasan CH19+000- CH40+000 yang kerap berlaku kerosakan bagi tujuan menjalankan kerja penyelenggaraan.

“Bagaimanapun, berikutan hujan berterusan, struktur tanah menjadi lembut dan menyukarkan kerja pembinaan dan penyelenggaraan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shahelmey yang juga Timbalan Ketua Menteri III berkata, walaupun berdepan cabaran, pihak kontraktor memaklumkan jentera mereka sentiasa berada di kawasan itu untuk membantu penduduk setempat.