Atlet Remaja Sabah Juara Acara 80 Meter Lari Berpagar di Australia

Atlet Remaja Sabah Juara Acara 80 Meter Lari Berpagar di Australia

0
SHARE
Nurelfira Umaira Mohd Yusuf, juara Acara 80 meter lari berpagar di Stadium WA Athletics, Australia

KOTA KINABALU: Atlet remaja Sabah, Nurelfira Umaira Mohd Yusuf mencipta sensasi apabila muncul juara dalam acara 80 meter lari berpagar bawah 14 tahun dalam kejohanan WA State Track and Field Championship 2024 yang berlangsung di Stadium WA Athletics, Australian, semalam.

Nurelfira mencatatkan 13.10 saat untuk menjulang kejuaraan. 

Namun begitu, Nurelfira terpaksa berkongsi kedudukan itu bersama atlet tuan rumah, Zoe Daby biarpun catatan masa yang dilakukannya adalah 13.11s.

Lebih membanggakan, Nurelfira turut cemerlang dalam acara 200meter lari berpagar dengan catatan masa 29.93 saat untuk berkongsi kedudukan kedua bersama Aleeah Pike dari Australia selepas mencatat masa yang sama.

Selain Nurelfira, terdapat dua lagi atlet dari Sabah, iaitu Mohammad Syahzwan Willian dan Randy Ryann Samson yang beraksi cemerlang apabila berjaya memenangi pingat emas dalam lontar peluru serta lompat kijang lelaki B-15.