Bantuan Khas ‘One-Off’ Buat Pemandu Teksi, Bas Dan e-Hailing Melalui Pakej Bantuan...

Bantuan Khas ‘One-Off’ Buat Pemandu Teksi, Bas Dan e-Hailing Melalui Pakej Bantuan PERMAI

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju menyediakan bantuan khas secara sekali bayar atau ‘one-off’ sebanyak RM500 kepada pemandu teksi, bas dan perkhidmatan pengangkutan e-hailing serta pemandu pelancong.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata demikian dalam satu sidang Pengumuman Khas Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) yang disiarkan secara langsung, sebentar tadi.

Beliau turut memaklumkan bahawa bantuan membabitkan peruntukan tambahan sebanyak RM66 juta itu akan memanfaatkan 14,000 pemandu pelancong serta 118,000 pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing.

Antara beberapa aplikasi e-Hailing yang sering digunakan…

Beliau juga mengumumkan, pengecualian duti eksais dan cukai jualan bagi tujuan pindah milik, pelupusan dan kegunaan persendirian teksi dengan syarat kenderaan dimiliki selama tujuh tahun, turut dipendekkan tempoh berkenaan kepada hanya lima tahun.

“Kerajaan kini memberi layanan pengecualian duti eksais dan cukai jualan bagi tujuan pindah milik, pelupusan dan kegunaan persendirian teksi dengan syarat kenderaan dimiliki selama tujuh tahun…

“Sukacita dimaklumkan bahawa syarat ini dilonggarkan kepada lima tahun mulai 1 Januari hingga 31 Disember 2021,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian dalam Pengumuman Khas Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) yang disiarkan secara langsung, hari ini.