Moratorium, Pengurangan Ansuran Pinjaman Akan Ditawarkan Oleh Bank Sepanjang PKP

Moratorium, Pengurangan Ansuran Pinjaman Akan Ditawarkan Oleh Bank Sepanjang PKP

0
SHARE
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyampaikan Pengumuman Khas Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat (PERMAI), hari ini...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan MORATORIUM termasuk lanjutan moratorium dan pengurangan ansuran pinjaman akan ditawarkan oleh bank dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), seperti yang diumumkan sebelum ini.

Beliau berkata demikian ketika pada Pengumuman Khas Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat (PERMAI) sebentar tadi.

Menurut Muhyiddin, bagi negeri yang dilanda banjir, 15 bank juga sudah pun menawarkan moratorium bayaran balik pinjaman.

“Setakat ini, lebih 1.3 juta peminjam sudah memohon dan menerima bantuan pembayaran, dengan kadar kelulusan sebanyak 95 peratus bagi peminjam individu dan 99 peratus bagi peminjam perusahaan kecil dan sederhana (PKS)…

“Ini membuktikan bahawa rakyat tidak perlu bimbang untuk menghubungi bank jika mereka memerlukan fleksibiliti bayaran,” katanya.