SPR Pilih 4 Julai Untuk PRK DUN Pujut

SPR Pilih 4 Julai Untuk PRK DUN Pujut

0
SHARE

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut Sarawak akan diadakan pada 4 Julai susulan pelucutan jawatan wakil rakyat DAP, Dr Ting Tiong Choon.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, mesyuarat khas hari ini turut memilih 20 Jun sebagai hari penamaan calon.

Pada 12 Mei lepas, DUN Sarawak telah melucutkan kelayakan Dr Ting sebagai wakil rakyat daripada DAP bagi kerusi DUN Pujut, kerana didakwa mempunyai kewarganegaraan Australia.

– BERNAMA