Undi PPBM Bermakna Undi DAP – Ahmad Fadhli

Undi PPBM Bermakna Undi DAP – Ahmad Fadhli

0
SHARE

KELANTAN – Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah mula terikut-ikut dengan politik gaya Mahathir dengan menyerang PAS secara habis-habisan sehingga tergamak mengungkit balik nama almarhum Tuan Guru Nik Aziz.

Merujuk kepada kenyataan di KiniTv.com, Muhyiddin berkata yang merujuk kepada Mursyidul Am PAS “.. dan ada juga kenyataan yang saya baca mengatakan mungkin dia akan buat keputusan mana kerusi UMNO, PAS tak akan bertanding. Mana kerusi PAS, mereka UMNO tak akan bertanding. Jadi bagi kami, baguslah buat begitu, memudahkan kita untuk membezakan PAS ini samada dia third force ataupun dia sebenarnya dia masuk bersubahat dengan UMNO. Dan kita nak bagitahu kalau begitu halnya, sokong PAS bermakna sokong UMNO.Mudah untuk kita mengatur strategi..”

Kenyataan Muhyidin ini sebenarnya memberikan respon terhadap kenyataan yang kononnya dikeluarkan oleh Mursyidul Am PAS.

Persoalannya, adakah benar adanya kenyataan Mursyidul Am PAS yang menyatakan PAS akan mewujudkan kesepakatan dengan UMNO dengan persetujuan bahawa kerusi PAS tidak ditandingi oleh UMNO dan begitu juga sebaliknya?

Tindakan Muhyidin ini dianggap tidak wajar kerana melontarkan komen demikian dengan hanya merujuk kepada laman media sosial semata-mata. Sewajarnya beliau harus membuat pengesahan terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan mahupun ulasan.

Menurut kenyataan Ahmad Fadhli Shaari, Ketua Pemuda PAS Kelantan di portal harakah daily, “Untuk pengetahuan Muhyidin, setelah dibuat pengesahan dengan Mursyidul Am PAS, ayat-ayat tersebut tidak pernah keluar dari mulut beliau. Hanya beliau mengulangi semangat yang telah ditegaskan oleh Almarhum Tuan Guru Nik Aziz sebelum ini bahawa ‘jika UMNO terima Islam, PAS boleh bubar’”.

Kenyataan ini bermaksud PAS boleh bekerjasama dengan mana mana pihak yang boleh menerima Islam sebagai agenda perjuangan PAS. Tidak pernah wujud dalam perbincangan PAS untuk memberikan laluan kepada UMNO di kerusi-kerusi tertentu dan menuntut balasan yang sama daripada UMNO.

“Saya tertarik untuk menggunakan analogi yang sama yang digunakan oleh Muhyidin apabila melontarkan fatwa bahawa “undi PAS ialah undi UMNO” kerana katanya PAS tidak akan bertanding bersama UMNO di kerusi yang sama. Justeru, apabila telah sahih Parti Pribumi Bersatu tidak akan bertanding di kerusi sama yang ditandingi DAP, secara mudahnya menurut sifir tersebut, undi BERSATU bererti undi DAP.” tambah katanya.

Ahmad Fadhli juga labelkan Muhyidin dan Mahathir dengan laungan Undi Bersatu bererti Undi DAP!