Mayat Lelaki Sebalik Pintu Terkunci

Mayat Lelaki Sebalik Pintu Terkunci

0
SHARE
Bomba
Keadaan mayat lelaki yang ditemui dalam bilik terkunci ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

KENINGAU, SABAH – Seorang lelaki yang gagal dihubungi sejak Sabtu lalu ditemui mati dalam sebuah bilik di Bangunan Appolo Aqurium, sini, pagi tadi.

Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Keningau yang sampai ke lokasi pada jam 8.33 pagi membuka tombol pintu bilik terkunci menggunakan peralatan khas.

“Didapati terdapat seorang mangsa lelaki berusia 30 tahun disahkan meninggal dunia oleh pihak polis.

“Menurut pengadu, kali terakhir pengadu menghubungi mangsa pada tarikh 13 April.

“Mangsa seterusnya diserahkan pada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” kata jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.

Operasi kemudian ditamatkan pada jam 10.52 pagi.