LONDON: Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca mula menarik balik lebihan terkini vaksin Covid-19 di seluruh dunia yang tersedia sejak pandemik.
Menurut syarikat itu, ia juga akan meneruskan untuk menarik balik kebenaran pemasaran vaksin Vaxzevria di Eropah.
“Memandangkan pelbagai jenis vaksin Covid-19 sudah dibangunkan, terdapat lebihan vaksin dikemas kini yang tersedia.
“Ini menyebabkan penurunan permintaan untuk Vaxzevria yang tidak lagi dikeluarkan dan dibekalkan,” jelas syarikat itu.
Menurut laporan media, syarikat berkenaan turut mengakui dalam dokumen mahkamah bahawa vaksin itu menyebabkan kesan sampingam seperti pembekuan darah dan kitaan platelet darah rendah.
Menurut Telegraph juga, permohonan firma untuk menarik balik vaksin itu dibuat pada 5 Mac dan berkuat kuasa pada 7 Mei.
AstraZeneca yang tersenarai di London mula beralih ke vaksin virus pernafasan dan ubat obesiti melalui beberapa urus niaga tahun lalu selepas pertumbuhan yang perlahan apabila jualan vaksin Covid-19 merosot.






