Mayat Lelaki Dikeluarkan Dari Bawah Rumah Atas Air

Mayat Lelaki Dikeluarkan Dari Bawah Rumah Atas Air

0
SHARE
Pasukan bomba membantu pihak polis mengeluarkan mayat seorang lelaki dari bawah rumah jenis atas air...

SANDAKAN, SABAH – Pasukan Bomba membantu pihak Polis mengambil mayat seorang lelaki di bawah rumah atas air di Kampung Cenderamata Keramunting Sandakan sini.

Beliau dikenal pasti sebagai Rahman Salleh, berusia 31 tahun, selepas menerima panggilan 11.17 pagi tadi…

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata tindakan pasukan Bomba mengambil mayat dengan menggunakan pakaian PPE lengkap dan telah diserahkan kepada bahagian Polis Diraja Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Balai Sandakan PKPgB Jimmy Lagung apabila dihubungi berkata mangsa tidak dilaporkan hilang sebelum ini.