KUALA LUMPUR – Seorang warga Malaysia berasal dari Sabah yang mempunyai tahap IQ rendah bakal menjalani hukuman gantung sampai mati di Singapura pada Rabu depan.
Pausi Jefridin dan seorang lagi warga Singapura, Roslan Bakar akan menjalani hukuman mati pada 16 Februari ini…
Difahamkan ahli keluarga Pausi yang kini berada di Singapura hanya dimaklumkan mengenai tarikh penggantungan itu pada 9 Februari lalu.
Ahli keluarga Roslan juga dimaklumkan mengenai tarikh penggantungan itu pada hari yang sama.
Pausi dan Roslan didapati bersalah menyeludup dadah jenis diamorfin seberat 96.07g dan methamphetamine seberat 76.37g pada 2010.
Menurut kenyataan Anti-Death Penalty Asia Network (ADPAN), masalah keupayaan Pausi ditolak hakim mahkamah walaupun dia didiagnos sebagai kurang upaya intelektual dengan IQ pada tahap 67.
Penghakiman menyatakan bahawa “tahap IQ yang rendah bukan bukti keabnormalan minda”…
Sebelum ini, seorang lagi warga Malaysia dengan IQ rendah, Nagaenthran K Dharmalingam, turut berdepan dengan hukuman mati pada 10 November 2021, namun diberi penangguhan pelaksanaan (stay of execution) oleh Mahkamah Rayuan dan bakal berdepan proses rayuan.