KETUA MENTERI TERIMA KUNJUNGAN HORMAT TENGKU ZAFRUL

KETUA MENTERI TERIMA KUNJUNGAN HORMAT TENGKU ZAFRUL

0
SHARE
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berbincang dengan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz semasa kunjungan hormat itu...

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan cenderamata kepada Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz…

Deligasi Zafrul terdiri daripada Timbalan Menteri Kewangan II, Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), Puan Zakiah binti Jaafar, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan), Datin Rashidah binti Mohd Sies, Pengarah Belanjawan Negara, Datuk Johan Mahmood Merican dan Pengarah Unit LAKSANA, Dato Shahrul Nazri Dato Abdul Rahim.

Hadir sama ialah Menteri Kewangan II, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong dan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri, Datuk Haji Rusdin Riman.