SURAT TERBUKA UNTUK AKAUN FACEBOOK DAN PORTAL BORNEO VOICE, MEDIA RASMI PARTI...

SURAT TERBUKA UNTUK AKAUN FACEBOOK DAN PORTAL BORNEO VOICE, MEDIA RASMI PARTI WARISAN SABAH

0
SHARE

MENJAWAB FITNAH MELAMPAU KE ATAS TAN SRI MUSA AMAN.

KOTA KINABALU, SABAH – Kami adalah Gabungan NGO Bebas Suara. Sebelum ini kami terlibat dalam melancarkan kempen petisen mendesak Shafie Apdal meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah.

Kami tidak bercadang menghapuskan petisen ini kerana ini adalah satu bukti menunjukkan Shafie Apdal sememangnya bekas Ketua Menteri Sabah yang ‘PALING GAGAL’ dalam barisan Ketua Menteri Sabah.

Petisen mendesak Shafie meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah…

Kami menulis surat ini selepas tular FITNAH yang dimuat naik di media sosial Facebook milik ‘Borneo Voice’ di antaranya berbunyi Ketua Menteri paling miskin dalam Sejarah Sabah.. tiada rumah besar tiada kereta besar tiada tanah yang besar. Selama jadi Ketua Menteri dia hanya tumpukan kerja untuk memajukan Sabah membantu rakyat susah. Siang Malam bekerja untuk rakyat Sabah.”

“JIKA DIA KEMBALI BERTANDING RAKYAT SABAH HARUS BAGI DIA PELUANG UNTUK MAJUKAN SABAH MACAM DUBAI.”

Tangkap layar (screenshot) pada laman media rasmi Facebook Borneo Voice yang jelas memuat naik hantaran FITNAH terhadap Tan Sri Musa Aman…

Kami sedar pimpinan Parti Warisan termasuk ahli-ahlinya masih berdendam dengan Tan Sri Musa selepas runtuhnya Kerajaan Warisan selepas hanya 26 bulan mentadbir negeri Sabah.

Kemudian ramai pula wakil rakyat Warisan yang telah meninggalkan Parti termasuklah Ketua-ketua Bahagian sehingga Warisan terpaksa cuba untuk menangguhkan persidangan namun ditolak oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (Ros).

Ini adalah hukum karma selepas Shafie mendirikan kerajaan ‘PINTU BELAKANG’ pada tahun 2018 dan sepatutnya disedari oleh Shafie Apdal sendiri, termasuklah ahli-ahli yang masih setia dengannya.

Shafie (duduk tengah) bersama ahli majlis tertinggi Warisan yang masih setia bersama dengannya…

Agak pelik apabila Tan Sri Musa yang kini tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam parti malahan ketika ini hanya orang biasa, sebaliknya masih diserang bertalu-talu oleh kepimpinan dan ahli-ahli Parti Warisan.

Oleh sebab itu kami terpanggil untuk menjawab fitnah ini.

Menjawab tuduhan FITNAH di atas, kami menulis beberapa FAKTA seperti berikut;

FAKTA mengenai Tan Sri Musa Aman.

1. Rezab kewangan Negeri Sabah mencecah 3 billion selepas hanya 180 juta semasa mengambil alih jawatan Ketua Menteri daripada Tan Sri Chong Kah Kiat.

2. Mendapat sijil tanpa teguran selama 15 tahun beturut-turut dan juga mendapat pengiktirafan angerah “Triple-A” di atas urus tadbir kewangan yang baik oleh Jabatan Audit Negara.

Jabatan Audit Negara 2016 mengesahkan kedudukan kewangan negeri Sabah baik…(Sumber foto dipetik daripada Astro Awani Online)
Sumber foto dipetik daripada portal berita tempatan…
Foto Jabatan Audit Negara memuji pentadbiran negeri Sabah di bawah pentadbiran Tan Sri Musa Aman…(Sumber Foto dipetik daripada Berita Harian Online)

3. Kilang Pusat Pemprosesan Minyak Sawit POIC) yang terbesar di Malaysia telah dibina di Lahad Datu.

POIC Lahad Datu, Sabah…

4. Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) berhampiran bangunan Tun Mustapha (Yayasan Sabah).

Bangunan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS)…

5. Pusat pemprosesan minyak gas Kimanis dan Sipitang.

SOGT Kimanis Power Plant…

6. Pusat Konvensyen Dunia berdekatan Bangunan Kastam (SICC).

Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC)…

7. Mahkamah Majistret Baharu Kota Kinabalu.

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu…

8. Mahkamah Syariah Kota Kinabalu (Likas).

Mahkamah Syariah Kota Kinabalu…

9. Hospital UMS yang sedang dibina bernilai RM652 Juta.

Deraf rekabentuk Hospital UMS…

10. Jalan Lebuhraya Pan-Borneo.

Projek lebuhraya Pan Borneo Sabah…

11. Hotel- hotel antarabangsa yang seperti Hilton, Marriott, Hyatt dan banyak lagi dibina di Bandaraya Kota Kinabalu.

Hotel Hilton di sekitar Kota Kinabalu, Sabah…

12. Jalan 4 lorong dan jejantas kenderaan yang sedang dibina di laluan jalan Sulaman, Inanam dan Luyang.

Jalan bertingkat 4 lorong dan jejantas kenderaan yang telah siap dibina di laluan jalan Sulaman, Inanam dan Luyang…

13. Pusat Rekreasi dan Riadah jalan Teluk Likas ke UMS yang terbaik di Malaysia (Ala Dubai).

14. Bangunan komersial yang sedang dibina di Kota Kinabalu.

Salah satu bangunan komersial sekitar Kota Kinabalu – Suria Sabah…

15. Hutan berjaya ditanam semula, dipulihkan dan dirawat, seluas 700,000 hektar dan merupakan yang terbesar di Malaysia. Sebanyak 53 peratus (53%) atau 3.9 juta hektar tanah telah dirizabkan secara kekal sebagai kawasan hutan simpan, kawasan perlindungan dan kawasan pemuliharaan hidupan liar melalui dasar pengurusan hutan lestari.

16. Kadar KDNK negeri Sabah pada 2017 yang tertinggi di Malaysia 8.2 peratus (8.2%).

FAKTA Pencapaian Datuk Seri Shafie Apdal;

1. Meruntuhkan kadar KDNK dari 8.2% dan selepas Shafie mengambil alih Kerajaan Negeri Sabah, kadar KDNK terus menjunam ke paras 1.5% pada tahun 2018 dan 0.5% pada tahun 2019.

Data rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Rekod pentadbiran ekonomi Sabah dibawah pentadbiran Datuk Seri Shafie Apdal berjaya menjunamkan kadar pertumbuhan KDNK Sabah dari 8.2% (paling tertinggi diantara semua negeri) pada tahun 2017 ke 1.5% (paling rendah antara semua negeri) pada tahun 2018 dan turun lagi ke 0.5% (paling rendah antara semua negeri) pada tahun 2019. (Sumber foto dipetik daripada laman media sosial rasmi Fb Najib Razak)

2. Membawa masuk cawangan Mc Donald di daerah Semporna.

Sepanjang 8 tahun Shafie menjawat jawatan Menteri KKLW dan Ketua Menteri Sabah selama 26 bulan, projek yang boleh dibanggakan yang berjaya dibangunkan di Semporna adalah apabila Mc Donald’s membuka cawangannya di Semporna…

3. Melancarkan minyak jenama BESS.

Shafie melancarkan minyak BESS…(Sumber Foto: Portal media tempatan)
Kerajaan Sabah pimpinan Shafie melancarkan minyak masak jenama sendiri, BESS pada 03 Februari 2020 yang lalu…(Sumber Foto: BorneoToday)

4. Menandatangani perjanjian pelaburan berbillion ringgit dengan syarikat luar negara tetapi akhirnya satu pun tidak berjaya melabur di Sabah.

Shafie Apdal meterai MoU pelaburan bernilai RM20 bilion pada 2019, selepas hampir setahun di mana pelabur ini yang melabur di Sabah?…(Foto dipetik daripada BH online)
Kenyataam Shafie pada 28 Sept 2018 yang menyatakan pelabur China akan melabur RM2 bilion di Sabah dengan menawarkan 3,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, sehingga kini selepas 2 tahun janji Shafie hanya tinggal janji…(Sumber foto dipetik daripada Bernama, FMT dan portal berita tempatan)

5. Meletakkan logo Parti Warisan di tengah bulatan jalan berhadapan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS).

Parti Warisan letak tugu logo Parti Warisan di bangunan PPNS dikecam oleh rakyat Sabah…

6. Memutihkan warga asing dan mencadangkan pemberian Pulau kepada warga asing.

Shafie berkata akan membuat ‘pemutihan’ pekrja asing perladangan…(Sumber Foto: Portal Malaysia Kini)
Shafie Apdal mencadangkan agar PATI dari selatan Filipina diberikan pulau sebagai penempatan dengan alasan kononnya atas dasar kemanusiaan akibat peperangan, walhal di Selatan Filipina sejak 4 tahun yang lalu telah aman sepenuhnya di kawasan tersebut…(Foto ihsan Harian Metro, BH dan Utusan Borneo Online)
Shafie bercadang berikan Pulau kepada PATI dari selatan Filipina (Sumber foto ihsan daripada Harian Metro dan Utusan Borneo)

Sekian,
Gabungan NGO Bebas Suara.

(Tulisan ini telah dikirim oleh penulis iaitu Gabungan NGO Bebas Suara ke portal berita sabahnews.com.my dan artikel ini tidak mencerminkan langsung pandangan pihak Sabah News…)