Netizen Cuba Rungkai Misteri Burung Mati Jatuh Dari Langit

Netizen Cuba Rungkai Misteri Burung Mati Jatuh Dari Langit

0
SHARE
Gambar burung-burung yang jatuh dan mati bergelimpangan di Mexici...

CHIHUAHUA, MEXICO – Berpuluh-puluh ekor burung tiba-tiba mati berguguran ke tanah di sebuah bandar Chihuahua, Mexico mengejutkan para pengguna media sosial.

Menurut laporan New York Post, ramai netizen dikatakan cuba cuba menyelesaikan satu misteri tersebut.

“Harap ini bukan permulaan kepada selesema burung,’’ sindir pengerusi Kesatuan Konservatif Amerika Syarikat, Matt Schlapp.

Burung-burung itu dikenal pasti sebagai spesies burung hitam berkepala kuning.

Kejadian burung jatuh di jalan itu disaksikan oleh penduduk di bandar Cuauhtemoc, lapor laman berita berbahasa Sepanyol, El Heraldo de Chihuahua.

Kawanan burung itu bermigrasi dari utara Kanada untuk menghabiskan musim sejuk di Mexico. Punca kematian itu tidak dijelaskan…

Bagaimanapun, sesetengah pihak membuat andaian bahawa burung-burung itu mungkin terkesan akibat pencemaran tinggi yang melanda wilayah itu sejak kebelakangan ini.