JAKARTA, INDONESIA – Satu video tular di mana seorang lelaki berusia lingkungan 50-an berkahwin dengan seorang perempuan muda cantik mendapat pelbagai reaksi netizen.
Menurut laporan Suara.com, video tersebut dimuat naik pada akaun Instagram bernama @jakarta_zone memaparkan situasi majlis perkahwinan dua individu berkenaan.
Menerusi paparan video tersebut, seorang lelaki yang berbaju batik dan bersongkok dilihat tersenyum lebar ketika duduk bersebelahan dengan isteri baharunya yang muda…
Biarpun kelihatan malu, wanita itu dilihat tersenyum ketika didakap suaminya.
Penduduk kampung dilihat berada di belakang pasangan itu ketika menghadiri majlis perkahwinan mereka.
Rakaman itu bukan sahaja tular, malah mendapat pelbagai komen netizen.
“Saya tunggu anda menjadi janda,”tulis seorang netizen.
“Saya yang tidak ada pasangan ini pula kesepian,’’ komen netizen lain.