PUTRAJAYA – Dua projek mega yang tergantung selama empat tahun termasuk saluran gas paip trans-Sabah bernilai RM 8 billion diberikan lampu hijau oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Dalam amanatnya hari ini, beliau berkata kuasa kawal selia bekalan gas dipindahkan kepada kerajaan Sabah.
“Sebelum ini kuasa kawal selia bekalan gas sudah dipindahkan kepada kerajaan Sarawak dan kali ini diberikan kepada kerajaan Sabah,” katanya memetik sumber Awani.
Projek kereta api ECRL, dilancarkan pada 2017 dengan kos RM81 bilion yang menghubungkan Pelabuhan Klang, Selangor, Kota Bharu dan Kelantan.
Kedua-dua projek ini ditangguhkan Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dan pada Julai 2018 bagi tujuan “mengurangkan hutang”.