Persekutuan Putuskan Pindah Kuasa Kawal Selia Bekalan Gas Kepada Sabah

Persekutuan Putuskan Pindah Kuasa Kawal Selia Bekalan Gas Kepada Sabah

0
SHARE

PUTRAJAYA – Kerajaan Persekutuan memutuskan untuk memindahkan kuasa kawal selia bekalan gas kepada Kerajaan Sabah, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata tarikh pelaksanaan pemindahan kuasa kawal selia bekalan gas itu akan ditentukan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Memetik sumber Berita Harian, menurutnya, keputusan yang sama juga telah dilaksanakan di Sarawak sebelum ini.

“Hari ini, untuk gas kita pindahkan kuasa kawal selia bekalan gas dulu pada peringkat Petronas di Persekutuan, dipindah kepada Kerajaan Sabah…

“Ini sudah berlaku di Sarawak dan sekarang dipindah kepada Kerajaan Sabah.

“Tarikh pelaksanaan menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong. Proses itu saja, tetapi kelulusan Jemaah Menteri sudah diperakui,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat…(Sumber Foto: Laman media sosial rasmi Facebook Perdana Menteri)

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra, di sini, hari ini.