Manchester United Juara Piala FA, Layak Ke Liga Eropah

Manchester United Juara Piala FA, Layak Ke Liga Eropah

0
SHARE
Pemain Manchester United meraikan jaringan Kobbie Mainoo pada aksi final Piala FA...(Sumber Foto: Reuters)

WEMBLEY – Manchester United menjulang gelaran juara Piala FA selepas dua gol tonggak The Red Devils, Alejandro Garnacho dan Kobbie Mainoo meranapkan impian penyandang juara Manchester City mengekalkan kejuaraan apabila tewas 1-2 dalam perlawanan akhir di Stadium Wembley pada Sabtu.

Malah dua gol yang dijaringkan Garnacho pada minit ke-30 diikuti Kobbie Mainoo sembilan minit kemudian juga menafikan impian City menambah koleksi kejuaraan selepas dinobatkan juara empat kali berturut-turut Liga Perdana Inggeris (EPL).

Sebagai rekod Manchester City kendalian Pep Guardiola sebelum ini merupakan juara bertahan selepas menewaskan Manchester United kendalian Erik Ten Hag, 2-1 dalam perlawanan akhir musim lalu

Pemain Manchester United, Lisandro Martinez dan pengurus pasukan, Erik ten Hag meraikan kejayaan United memenangi Piala FA…(Sumber Foto: Reuters)

City tampil ke Stadium Wembley dengan reputasi tinggi yang mempertaruhkan rekod pertemuan kedua-dua pasukan yang memihak The Citizens yang menang enam dari tujuh pertemuan terakhir mengurangkan defisit menerusi gol Jérémy Doku pada minit ke-87.

Kemenangan ke atas juara Liga Perdana Inggeris itu membolehkan Red Devils turut menempah tiket ke Liga Europa musim depan selepas sekadar menamatkan kempen liga di tangga kelapan – kedudukan terburuk sejak 1990.