Tragedi Double Six Wajar Jadi Silibus Sejarah – Sunduvan Sabah

Tragedi Double Six Wajar Jadi Silibus Sejarah – Sunduvan Sabah

0
SHARE
Sunduvan
Pengerusi Persatuan Sunduvan Sabah, Aloysius Danim Sedia ( Sumber Foto: Ihsan Sunduvan Sabah )

KOTA KINABALU: Tragedi Double Six mesti menjadi sebahagian daripada silibus sejarah kata Pengerusi Persatuan Sunduvan Sabah, Aloysius Danim Sedia.

Beliau berkata pihaknya berazam untuk mewajibkannya.

“Adalah menjadi harapan kita tragedi itu dapat diajar di setiap sekolah agar generasi muda tidak lupa bagaimana ia telah mengubah landskap politik Sabah secara drastik.

“Biarlah detik hitam dalam sejarah ini menjadi kenangan dan panduan untuk kita semua,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Sunduvan Sabah sekali lagi mengajak seluruh rakyat Sabah untuk bersama-sama memperingati mangsa tragedi double six pada Khamis ini (6 Jun).

Majlis solidariti itu akan diadakan pada pukul 9 pagi manakala yang hadir digalakkan memakai pakaian hitam.

Setiap tahun sejak 2012, Sunduvan Sabah telah menganjurkan memperingati mangsa pesawat Nomad N-22B 9M-ATZ yang terhempas pada 6 Jun 1976.

Tujuan utama setiap acara adalah untuk menuntut kerajaan mengeluarkan laporan siasatan nahas Double Six yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi di bawah Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta 88.

Perjuangan berterusan sehingga laporan siasatan dinyahklasifikasikan pada 6 April 2023.

“Kami bersyukur kerana perjuangan kami dan rakyat Sabah tidak sia-sia,” kata Aloysius.