SPM 2023 Bermula 8 Januari Hingga 7 Mac 2024

SPM 2023 Bermula 8 Januari Hingga 7 Mac 2024

0
SHARE
Spm
Sekadar gambar hiasan

PETALING JAYA, SELANGOR – Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2023 akan diadakan dari 8 Jan hingga 7 Mac dengan seramai 395,870 calon telah mendaftar untuk mendudukinya.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam sebuah kenyataan hari ini berkata 3,340 unit pusat peperiksaan akan disediakan di seluruh negara,

“Seramai 129,635 pegawai peperiksaan telah dilantik bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan lancar,” katanya.

Waktu peperiksaan boleh dirujuk di laman web Lembaga Peperiksaan (LP) melalui lp.moe.gov.my.

“Calon diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Penyata Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.

“Calon juga perlu mematuhi prosedur operasi standard dan peraturan yang ditetapkan bagi memastikan pengurusan peperiksaan SPM 2023 berjalan lancar,” tambahnya.

Ujian pertuturan bagi Bahasa Melayu akan jatuh dari 8 Jan hingga 11 Jan manakala ujian pertuturan untuk Bahasa Inggeris adalah dari 17 Jan hingga 23 Jan.

Kedua-dua ujian pendengaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan diadakan pada 29 Jan manakala peperiksaan bertulis dari 30 Jan hingga 7 Mac.