Nelayan Selamatkan Lelaki Cuba Bunuh Diri Di Tawau

Nelayan Selamatkan Lelaki Cuba Bunuh Diri Di Tawau

0
SHARE
Bomba
Mangsa dalam keadaan tidak bermaya diusung anggota pasukan penyelamat ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

TAWAU, SABAH – Seorang lelaki warganegara asing yang cuba membunuh dirinya pada hari pertama tahun baru diselamatkan oleh nelayan yang menyedarinya hampir lemas di perairan berhampiran Jalan Persisiran Pantai.

Mangsa berusia 34 tahun berkenaan dikatakan cuba mengambil nyawa sendiri dengan berenang ke tengah laut dalam kejadian hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah menerima panggilan kecemasan pada jam 5.15 petang.

“Dua orang anggota bomba bertindak berenang sejauh 200 meter menuju ke bot nelayan untuk menenangkan mangsa seterusnya di bawa naik ke pesisir pantai.

“Mangsa dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS bomba untuk mendapatkan rawatan lanjut,” kata seorang jurucakap agensi.

Operasi yang melibatkan 10 anggota bomba Tawau, polis marin dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) kemudian ditamatkan pada jam 5.54 petang.