KUALA LUMPUR: Kerjasama tiga hala antara Converse MY, Balai Seni Negara, serta UiTM dan MIA (wakil fakulti seni kreatif dari institusi-institusi pengajian tinggi negara) membantu seni kreatif tempatan untuk menembusi ruang komersil menerusi pelancaran Creative Exploration bersempena kempen LOVE, CHUCK sedunia.
LOVE, CHUCK adalah sebuah kempen aktif sepanjang tahun untuk merapatkan jurang antara jenama dan budaya melalui di serata dunia.
Kempen ini menjana kreativiti pengurusan pasaran
tempatan Converse untuk bergiat dalam aktivasi-aktivasi yang melibatkan penggerak-penggerak budaya di negara masing-masing.
Pelancaran kempen itu telah disempurnakan oleh Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar pada 28 Februari lalu di Art Depot Balai Seni Negara.
Aktivasi ini turut menyaksikan Converse MY, Balai Seni Negara, serta UiTM dan MIA menggembleng tenaga untuk membina sebuah platform mampan yang mampu meraikan semangat kemandirian dalam membangun budaya seni akar umbi
untuk seni kreatif tempatan.
Dalam aktivasi ini, pelajar-pelajar terpilih dari UiTM dan MIA akan
menghasilkan karya-kerya seni dengan kasut Chuck Taylor sebagai bahan utama.
Karya-karya ini telah pun dipamerkan di Art Depot, Balai Seni Negara bermula 28 Feb lalu hingga 12 April ini sebelum
karya-karya terpilih diperagakan di cawangan-cawangan utama Converse di sekitar Lembah Klang.
Creative Exploration membantu memberi pendedahan awal kepada pengamalan dan aplikasi seni dalam ruang fesyen komersil untuk pelajar-pelajar yang terlibat. Ia juga membantu
mereka bersuai-kenal dengan Balai Seni Negara (peneraju seni visual negara) dan komuniti pengamal seni tempatan secara amnya.
Ini secara tak langsung turut menempatkan Balai Seni
Negara sebagai sebuah lokasi acara dan kegiatan yang baik, meningkatkan lagi reputasinya sebagai rakan kerjasama yang strategik dalam seni kontemporari Malaysia.
Selain dari itu, aktivasi Creative Exploration ini juga turut memasarkan UiTM dan MIA institusiinstitusi pengajian tinggi yang prolifik dan berdaya saing dalam mencipta bakat-bakat baharu
untuk industri seni kreatif tempatan.
Penglibatan mereka adalah bukti komitmen mereka dalam menjalin hubungan kerjasama mampan dan berlanjutan dengan pelbagai pihak dalam memenuhi amanah mereka sebagai pendidik.
“Creative Exploration ini adalah satu contoh kegiatan yang kami raikan. Ia adalah satu peluang yang unik dan menarik untuk pelajar-pelajar kami mengembang sayap dan bakat mereka.
“Ada banyak lagi yang boleh kita terokai dan cuba melalui aktivasi-aktivasi seperti ini, dan kami berharap yang kerjasama ini tak akan berakhir di sini saja,” kongsi Dr. Shaliza Mohd
Shariff, Ketua Pengajian Seni Reka dari Kolej Pengajian Seni Kreatif UiTM.
Beliau adalah salah seorang wakil yang penting dari UiTM dalam kerjasama ini.
Kata-kata Dr Shaliza di atas turut meluahkan hasrat besar aktivasi Creative Exploration dan Converse MY – menjadikan aktvasi ini suatu usaha yang berterusan dan mampan, mampu
menarik penglibatan dari ramai lagi pihak-pihak yang berkongsi hala tuju dan matlamat yang sama untuk membina sebuah platform yang boleh membentuk generasi seni kreatif tempatan
yang lebih berdaya saing.






