13 Rumah Atas Air Sandakan Ranap Terbakar

13 Rumah Atas Air Sandakan Ranap Terbakar

0
SHARE
Kebakaran
Kebakaran di Kampung Cenderamata Limbungan ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

SANDAKAN, SABAH – Sebanyak 13 buah rumah atas air Kampung Cenderamata Limbungan di Jalan Batu Sapi terbakar dalam insiden kira-kira enam petang semalam.

Walau bagaimanapun, kecekapan sepasukan 29 Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan mampu menghalang api dari memusnahkan 340 buah rumah berhampiran.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, panggilan kecemasan diterima balai pada jam 6.05 petang.

“Jentera tiba ke lokasi kejadian berjarak 12 kilometer 15 minit kemudian.

“Operasi pemadaman api anggaran keluasan satu ekar menggunakan dua aliran 300 kaki tiga pancutan dengan sumber air dari tangki jentera.

“Tiada kecederaan mangsa dilaporkan,” kata seorang jurucakap agensi dalam kenyataan media.

Operasi terkawal pada jam 7.17 malam dan tamat sepenuhnya pada 11.17 malam.