KM HAJIJI PENGERUSIKAN MESYUARAT JAWATANKUASA BERSATU BAHAGIAN TUARAN

KM HAJIJI PENGERUSIKAN MESYUARAT JAWATANKUASA BERSATU BAHAGIAN TUARAN

0
SHARE

TUARAN, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang juga Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tuaran mempengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa BERSATU Bahagian itu di pejabat parti itu di Pekan Tuaran dekat sini, pada Ahad.

Mesyuarat itu membincangkan persiapan Persidangan BERSATU Bahagian Tuaran yang akan diadakan pada bulan Oktober ini, selain persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Bahagian, Datuk Abdul Kassim Razali, Naib Ketua Bahagian, Datuk Haji Johari Saiman, Ketua Srikandi Bahagian, Datuk Jamaliah Antalip dan ahli-ahli jawatankuasa.