Berang Anggap Dituduh Curang, Wanita Ceroboh Dan Pukul Jiran Hingga Cedera

Berang Anggap Dituduh Curang, Wanita Ceroboh Dan Pukul Jiran Hingga Cedera

0
SHARE

TAWAU: Seorang wanita lingkungan umur 38 ditahan polis (PDRM) Tawau bagi membantu siasatan dalam satu kes menceroboh dan mendatangkan kecederaan yang dilaporkan baru-baru ini.

Mangsa adalah seorang wanita yang merupakan jiran kepada sepasang suami isteri (suspek) yang dikenalinya selama 2 tahun. 

Polis Tawau dalam satu kenyataan semalam berkata, punca kejadian ini berlaku adalah disebabkan suspek beranggapan bahawa mangsa telah menuduhnya berhubungan dengan lelaki lain.

“Hal ini menyebabkan suspek bertindak agresif dengan merosakkan pagar zink rumah dan memukul mangsa sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian luka di kedua-dua lengannya.” Katanya dalam satu kenyataan media.

Pasukan serbuan dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Tawau telah membuat serbuan dan tangkapan keatas suspek di sebuah pondak di Batu 4 Jalan Apas, Tawau.

Suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan. Kes akan disiasat dibawah seksyen 324 dan seksyen 448 Kanun Keseksaan.

Semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek pernah disabitkan dengan kesalahan dibawah seksyen 9(1) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 dan (02) Seksyen 4A (a) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953.